PERUBAHANKU adalah luahan hati seorang hamba, yang sedang bertungkus
lumus berubah, namun sering di hina oleh rakan sekelilingnya. Namun, dia
sedar, dia berubah bukan kerana manusia. Biar di kutuk manusia, kerana
dia berubah kerana Allah yang maha Esa.
The Faith - Mengingatimu (Photograph Cover)
MENGINGATIMU adalah sebuah lagu monolog, tentang diri kita seolah sedang
muhasabah diri, mengenangkan perjuangan dan jasa Nabi saw untuk
memastikan kita masuk syurga dan selamat dari neraka. Namun, apa yang
kita balas? Adakah kita menghargai pengorbanan nabi terhadap kita?
The Faith - Kembalilah (Love Yourself Cover)
Lagu KEMBALILAH ini berkisarkan tentang rayuan kita kepada seorang kawan
kita agar kembali kepada Allah. Kawan kita itu, pada mulanya, dialah
yang menegur kita, membimbing kita dan mendidik kita sehingga kita
berubah. Entah kenapa, tiba-tiba, kawan yang selalu tegur kita itu yang
jatuh ke lembah dosa lalu menjauhi kita. Maka, kini, kita pula usaha
untuk menariknya kembali, seperti mana dia telah menarik dan
menyelamatkan kita satu ketika dahulu.
The Faith - Bebaskanku (Miracle In December Cover)
Lagu BEBASKANKU adalah sebuah monolog, menceritakan tentang diri kita
semua yang tidak tahan lagi hidup bermaksiat, dan mahu bebas serta
kembali pada yang Maha Agung, Allah.
The Faith - Luahanku (Night Changes Cover)
Lagu ini adalah luahan kami, kamu dan kita semua, tentang apakah
perasaan kita setiap kali kita melakukan dosa, dan apakah perasaan kita
setiap kali kita kembali pada Allah. Sampai bila kita mahu menjauh dari
Allah?
Comments
Post a Comment