Best Hikmah Story
Hari ini author Yayah nak kongsi satu cerita yang ustaz author hantar melalui mesej. ~~ Masa mula-mula saya masuk UITM dulu. Saya tak pernah tahu pun pasal tarbiyah. Tudung saya atas dada. Ikhtilat tak berapa nak jaga. Perasaan cinta pada Allah dan Islam tu kurang ada..Bila masuk UITM, saya terduduk di sebelah perempuan yang tinggi. Tudungnya labuh. Dia biasa-2 saja tapi saya senang melihatnya. Jujurnya apa yang saya nampak, selama ni orang yang bertudung labuh akan berdakwah dengan percakapan, berdakwah dengan nasihat, dan .... Macam biasa, saya dah kalis dengan semua tu. Masa orientasi, saya perhatikan cara dia sahaja. Memang dia bertudung labuh macam orang lain yang saya nampak. Tapi saya dapat rasa dia sangat lain. Lepas tu, kalau dalam orientasi , masa bersenam, dia bersenam sekal...